SAINS SUKAN
Selamat datang ke forum Sains Sukan Malaysia. Semoga anda semua sihat selalu. Anda digalakkan mendaftar sebagai ahli untuk menyertai perbincangan dalam laman web ini. Sebarang kesulitan semasa menggunakan laman web ini bolehlah anda kemukakan kepada Admin laman web ini. Terima kasih. Admin
KANDUNGAN FORUM SAINS SUKAN MALAYSIA
KAUNTER FORUM SAINS SUKAN MALAYSIA
PENGETAHUAN SAINS SUKAN SPM
SAINS SUKAN STPM
SAINS SUKAN IPT
INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY
DIGITAL PHOTOGRAPHY
TOPIK UMUM
Sekolah Sukan
SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL ( PENGETUA: MRS. CHING LENG SIM @ MARINA CHIN, AMN, PJK )
Latest topics
» sains sukan 1 stpm 2009..
by sweeTie Yesterday at 2:18 am

» SOALAN PHG K1 BAH B SAINS SUKAN STPM
by Runiy Bin Maldud Mon 23 Nov 2009, 2:47 pm

» nota sains sukan
by delisha Wed 18 Nov 2009, 7:40 pm

» Faktor mekanikal mempengaruhi 'projectile'
by shahrul Wed 18 Nov 2009, 3:19 pm

» impreza_18
by saidolm Wed 18 Nov 2009, 12:49 pm

» klasifikasi kemahiran motor, sapa x fhm leh bertanya..
by mujahidah Fri 13 Nov 2009, 3:39 pm

» ANATOMI DAN FISIOLOGI
by cat1166 Fri 13 Nov 2009, 2:05 pm

» sains sukan??
by suhana Fri 13 Nov 2009, 11:41 am

» My name is Muhammad Arif Bin Muhammad
by arifparkour Thu 12 Nov 2009, 5:00 pm

» SainsSukan IPT
by kedang Thu 12 Nov 2009, 2:27 pm

» salam perkenalan dari haryani...
by sharyani Tue 10 Nov 2009, 2:40 pm

» lemak oh lemak
by akmah Tue 10 Nov 2009, 1:56 pm

» soalan maut
by nlil Sat 07 Nov 2009, 8:00 pm

» Favorite Singer
by nlil Sat 07 Nov 2009, 7:54 pm

» baru nk knal scs..
by saidolm Fri 06 Nov 2009, 2:37 am

» PEMAKANAN=STPM
by saidolm Thu 05 Nov 2009, 5:56 am

» Pemakanan Sukan
by abdulmalek Wed 04 Nov 2009, 10:57 pm

» saya ciikgu sains sukan spm&stpm negeri johor
by hasmah_haris Tue 03 Nov 2009, 9:58 pm

» SOALAN PERCUBAAN STPM
by iq_needle Sun 01 Nov 2009, 10:16 pm

» Soalan akhir tahun T4 Kertas 2
by iby69 Wed 28 Oct 2009, 8:41 pm

Log in

I forgot my password

Statistics
We have 1919 registered users
The newest registered user is Nasrul Muhaimin

Our users have posted a total of 1164 messages in 311 subjects
Selamat Datang!

BIOMEKANIK (STPM)

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

BIOMEKANIK (STPM)

Post by ancu on Thu 26 Jun 2008, 12:11 pm

PENGENALAN

Mekanik Sukan:
Satu cabang sains sukan yang mengkaji daya pergerakan manusia dan kesan yang terhasil dari daya tersebut untuk membantu manusia meningkatkan kecekapan, kemahiran dan prestasi.
Fokus utama mengkaji daya-daya luaran dan/atau dalaman yang bertindak ke atas badan manusia serta kesan yang dihasilkan oleh daya-daya tersebut

Prinsip Mekanikal Dalam Sukan
Ia berkaitan dengan dengan pergerakan tubuh badan manusia contohnya sistem tuas manusia yang dapat berfungsi untuk meningkatkan daya dan menambahkan kelajuan dalam sistem mekanikal jasad

Analisis Biomekanik
Dibahagikan kepada dua:


Analisis kuantitatif
Hukum sejagat fizik digunakan bagi membuat analisis pergerakan dalam sukan


  1. Melibatkan pengukuran dan pengiraan untuk menjelaskan pergerakan
  2. Analisis kualitatif
  3. Nilai-nilai estetika dan kinestetik digunakan sewaktu melakukan analisis pergerakan atau kemahiran dalam sukan
  4. Penerangan mengenai sesuatu pergerak tanpa melibatkan pengukuran atau pengiraan
    ANALISIS KUALITATIF

    Ia mempunyai 6 item utama:
    a) Struktur umum untuk analisis kualitatif
    b) Model/Kaedah analisis kualitatif
    c) Peranan deria dalam analisis kualitatif
    d) Fungsi deria dalam analisis kualitatif
    e) Intergrasi deria dalam analisis kualitatif
    f) Fasa-fasa dalam analisis kualitatif
    f) Fasa Analisis Kualitatif

    1) Persediaan
    i- Pengetahuan tentang aktiviti
    -Mengenalpasti masalah yang dihadapi
    -Matlamat pergerakan
    Ii- Pengetahuan Pelaku
    -Strategi pemerhatian sistematik yang releven

    2) Intervensi
    i- Pilih bentuk interversi yang sesuai
    -Maklumbalas
    -Model visual
    –Exxageration
    –Pengubahsuaian tindakan
    –Panduan manual/ mekanikal
    -Pemulihan
    ii- Prinsip penyediaan maklumbalas
    iii- Menterjemahkan masalah yang wujud


    3) Pemerhatian
    i- Perlaksanaan strategi pemerhatian
    -Situasi/Keadaan
    -Vantage points
    -Bilangan pemerhatian
    ii- Menambah masa pemerhatian

    4) Penilaian/Diagnosis
    i- Penilaian pemerhatian
    -Range correctness of critical features
    -Kekuatan
    -Kelemahan
    ii- Diagnosis pencapaian
    -Prioriti kelemahan
    -Rasional prioriti

    ANALISIS KUANTITATIF

    Asas kuantitatif mempunyai beberapa asas:
    i)Asas mekanik sukan
    ii)Biomekanik pergerakan
    iii)Hayunan dan gulingan
    iv)Kestabilan

    1.BERAT
    Berat adalah kesan tarikan graviti pada sesuatu objek. Berat adalah berubah-ubah bergantung pada tempat di mana anda berada. Umpamanya berat manusia di bumi adalah lebih tinggi berbanding berat manusia di bulan.

    2.MASS ( Jisim )
    Mass adalah kuantiti jirim di dalam sesuatu jasad atau objek.. Jika objek itu mempunyai kandungan dan memerlukan ruang, ia mestilah mempunyai mass. Mass adalah ukuran bagi keengganan jasad itu memecut apabila dikenakan suatu daya.
    Simbol bagi mass adalah m. Unit yang digunakan untuk mengukur mass adalah kilogram (kg).
    MASS (Jisim)

    Contoh : seorang ahli gusti heavyweight mempunyai lebih mass berbanding dengan gimnas lightweight. Tarikan antara bumi dan ahli gusti heavyweight adalah lebih berbanding bumi dengan gimnas.Ini ditunjukkan pada skala penimbang. Jarum pada skala akan menunjukkan 220 lb bagi ahli gusti dan 80 lb bagi gimnas. Dalam ukuran metrik pula, ahli gusti akan mempunyai berat 100 kg manakala gimnas 36.2 kilogram.



HUBUNGAN DI ANTARA MASS DAN BERAT


Tarikan graviti berpaksi pada teras bumi, jadi tarikan graviti menjadi lebih kuat apabila hampir dengan teras bumi, berbanding di puncak gunung. Tarikan graviti di kutub utara dan selatan adalah lebih kuat berbanding dengan di khatulistiwa. Ini kerana kawasan ini paling hampir dengan teras bumi.

HUBUNGAN DI ANTARA MASS DAN BERAT

Contoh: seorang atlit yang beratnya 200 lb di kutub utara dan selatan akan mempunyai berat 198.94 lb di khatulistiwa manakala seorang atlit yang beratnya 200 lb akan mempunyai berat lebih kurang 199.77 lb pada paras ketinggian altitude 12 000 kaki.

3. INERSIA
Ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu objek untuk mengekalkan keadaan asalnya samada pegun atau gerakannya. Ia dikelaskan kepada dua situasi iaitu:
a.
Inersia pegun
b. Inersia gerakan.
Inersia pegun adalah sifat objek pegun untuk menentang daya yang cuba menggerakkannya
Inersia gerakan adalah sifat objek bergerak untuk menentang daya yang cuba menghentikan atau menukarkan halaju pergerakannya.

Konsep Inersia
Daya yang diperlukan untuk menggerakkan sesuatu objek mestilah lebih besar daripada daya rintangan objek tersebut.

Contoh:
Menolak kereta sorong yang penuh
dengan barang atau batu-batu yang
berat.
Konsep Dan Kesan Inersia
Kaitan Jisim dan Inersia

Jisim dan inersia merupakan dua perkara yang ada kaitan antara satu sama lain.Jisim sesuatu objek ialah ukuran kuantiti jirim yang berada dalam objek.
Contoh : Perkaitan antara inersia dengan jisim :

Tin A = diisikan air sehingga penuh.
Tin B = diisikan hanya separuh air
Tin C = dibiarkan kosong.

4. KELAJUAN, PECUTAN DAN HALAJU
KELAJUAN
Keupayaan tubuh badan bergerak dengan pantas bagi satu jarak.
•Kelajuan = Jarak / Masa ( s = d / t )

5. DAYA
Daya ialah satu aksi mekanikal atau kesan tolakan atau tarikan yang dikenakan ke atas sesuatu objek.
Berupaya mengubah jenis pergerakan sesuatu objek seperti memulakan, menghentikan, mempercepatkan, melambatkan dan mengubah arah gerakan sesuatu objek.

DAYA PERGERAKAN
Daya boleh menyebabkan perubahan bentuk, kedudukan dan kelajuan sesuatu objek.
Jumlah daya sesuatu objek dikira dalam unit Newton (N)

Ciri-ciri Daya

i. Magnitud
Ia bergantung kepada 2 faktor iaitu :
a) jisim (mass)
b) pecutan (acceleration).

FORMULA:
daya = jisim x pecutan (F = ma).
Ciri-ciri Daya

Arah
Adalah pergerakan daya yang dikenakan
terhadap objek, seperti hadapan, belakang,
atas, bawah, pada susut 60° horizontal, dan
sebagainya .

Contoh :
Daya graviti (9.81 m.s¬²) menarik semua
objek ke arah pusat bumi, maka arah daya
graviti ini adalah ke bawah (vertically downward)

Ciri-ciri Daya
Titik Aplikasi
Satu titik pada objek di mana daya
dikenakan sama ada di
COG atau di luar
COG objek. (Center of Gravity )

Ciri-ciri Daya
iv. Garis Tindakan

Garis pergerakan
objek yang telah dikenakan daya .

Jenis-jenis Daya:
1.Daya Lurus
2.Daya Putaran
3.Daya Centripetal
4.Daya Centrifugal
5.Daya Tindakbalas

APLIKASI DAYA DALAM KEHIDUPAN

1.Menolak meja
2. Mengangkat baldi berisi air
3. Menyorong basikal
4. Membawa barang dengan kereta sorong
5. Berjalan
6. Menjentik wang syiling di atas kad


KONSEP UTAMA DALAM HUKUM NEWTON KETIGA

1.Duduk
Bila anda duduk di atas kerusi, tubuh anda akan menghasilkan/mengeluarkan daya tenaga ke arah bawah pada kerusi dan kerusi menghasilkan daya tenaga ke arah atas pada tubuh anda. Terdpt dua tenaga yg terhasil dari hubungan ini – daya tenaga pada kerusi dan juga tubuh badan.
Daya tenaga ini dipanggil daya tindakan dan tindakbalas

2. Berjalan
Semasa kita berjalan, kaki kita akan mengenakan daya ke atas lantai dan lantai akan bertindakbalas dalam keadaan yang sama tetapi bertentangan arah .

3. Berbasikal
Apabila kita membuat satu kayuhan, roda belakang basikal akan menolak kebelakang, oleh demikian ianya akan mendorong /menerjah basikal ke hadapan.

4. Pelancaran roket
Ketika roket dilancarkan, gas akan menolak roket ke atas dengan daya yang sama. Roket akan mengalami pecutan dan membolehkannya melepasi daya gerakan graviti bumi.
Aksi apabila gas disingkir keluar daripada enjin.
Reaksi apabila pergerakan roket pada arah bertentangan.
Untuk membolehkan roket terangkat daripada tapak pelancaran, aksi/tolakan daripada enjin mesti besar daripada berat atau heretan roket.

5. Gerakan burung
Burung menggunakan sayapnya untuk terbang. Sayap burung menolak angin ke bawah. Angin akan bertindakbalas menolak burung ke atas.


APLIKASI HUKUM NEWTON KETIGA DALAM SUKAN

1. Permainan sofball
Apabla seorang pemain sofbol menghayunfbatf dengan daya yang kuat, dia akan memutarkan anggota badan atasnya. Ini akan menghasilkan tork pada sekeliloing aksis menegak pemain tersebut(aksi).
Reaksinya, anggota tubuh bawah akan berputar disekeliling aksis menegak pada arah yang bertentangan jika pemain tidak kukuh dirinya di atas padang.
Pada kebiasaannya, pemain akan berpijak kukuh pada padang. Oleh itu, tork dipindahkan dari anggota atas badan dialihkan kepada ke padang yang mana bumi akan memindahkan tork yang sama magnitudnya dan arah yang bertentangan ke atas kasut pemain.

2. Fasa Penerbangan Lompat Jauh.
Pada masa fasa penerbangan. Kedudukan athlit akan berubah. Apabila athlit menghayun kaki ke arah hadapan atas(ikut pusingan jam), ini bermakna daya ‘aksi’ telah dikenakan pada bahagian badan yang lain. Bahagian badannya yang lain itu akan kenakan pula daya ‘Reaksi’ yang sama magnitud dan berlawanan arah dengan daya ‘aksi’ kepada kaki. Ini menyebabkan bahagian badan yang lain bergerak ke arah hadapan. (ikut pusingan jam).

Disediakan oleh:
ancu jocolor
qayyum santa
sufi queen


Last edited by ancu on Tue 15 Jul 2008, 11:35 am; edited 1 time in total

ancu
Moderator Sains Sukan
Moderator Sains Sukan

Male
Number of posts: 37
Age: 20
Location: Kota Kinabalu
Registration date: 2008-04-08

Back to top Go down

Re: BIOMEKANIK (STPM)

Post by saidolm on Wed 02 Jul 2008, 10:36 am

Diharap kumpulan ini dapat mengubah font tulisan dengan warna hitam supaya mudah dibaca. Usahakan dengan segera.

Pembentangan seterusnya mesti disiapkan dengan segera. Tindakan drastik penentu kejayaan dan kecemerlangan anda! study

_________________
A banana a day makes the doctor go away!

Problems browsing this forum? Well, read this:
http://sainssukan.forumotion.com/faq.htm

saidolm
Sains Sukan Administrator
Sains Sukan Administrator

Male
Number of posts: 299
Location: Kapayan Kota Kinabalu Sabah
Registration date: 2008-01-13

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Post new topic   Reply to topic
Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum