SAINS SUKAN
Selamat datang ke forum Sains Sukan Malaysia. Semoga anda semua sihat selalu. Anda digalakkan mendaftar sebagai ahli untuk menyertai perbincangan dalam laman web ini. Sebarang kesulitan semasa menggunakan laman web ini bolehlah anda kemukakan kepada Admin laman web ini. Terima kasih. Admin
KANDUNGAN FORUM SAINS SUKAN MALAYSIA
KAUNTER FORUM SAINS SUKAN MALAYSIA
PENGETAHUAN SAINS SUKAN SPM
SAINS SUKAN STPM
SAINS SUKAN IPT
INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY
DIGITAL PHOTOGRAPHY
TOPIK UMUM
Latest topics
» REKA BENTUK KAJIAN
by saidolm Sun 09 Oct 2016, 6:42 am

» Panduan Kertas Cadangan
by saidolm Sun 13 Mar 2016, 8:44 am

» Mengapa anda minat menjadi ahli Forum Sains Sukan Malaysia?
by saidolm Sun 19 Apr 2015, 7:54 am

» Salam Perkenalan Buat Semua
by saidolm Mon 14 Apr 2014, 1:54 pm

» Unit Berstruktur
by saidolm Wed 12 Mar 2014, 12:02 pm

» Daya Tahan Kardiovaskular
by saidolm Thu 09 Jan 2014, 9:43 am

» Konsep Kecergasan
by saidolm Wed 08 Jan 2014, 11:35 am

» Watul the Fighter
by watul Wed 02 Oct 2013, 6:37 pm

» pemakanan sukan
by watul Wed 02 Oct 2013, 6:22 pm

» Penokok Diet
by saidolm Tue 24 Sep 2013, 9:37 pm

» Assalamualaikum
by alips90 Fri 10 May 2013, 11:15 pm

» Piramid Aktiviti Fizikal
by Lecktra_Rallesty Mon 11 Mar 2013, 2:14 am

» kriteria penamaan otot
by rizaldo Thu 22 Nov 2012, 6:42 am

» Salam semua
by Guan Wed 19 Sep 2012, 4:19 pm

» sawadikap
by shuhaila82 Sat 30 Jun 2012, 2:33 pm

» Hantu Ambulance
by saidolm Fri 01 Jun 2012, 8:27 am

» Favorite Singer
by saidolm Fri 01 Jun 2012, 8:25 am

» SALAM SEMUA
by jolenechan46 Sun 18 Mar 2012, 1:54 pm

» salam semua
by epolbutton Mon 05 Mar 2012, 7:50 pm

» Salam semua.. anak cucu tumpang lalu...
by saidolm Mon 13 Feb 2012, 1:37 pm

Log in

I forgot my password

Statistics
We have 6141 registered users
The newest registered user is faiz rashid

Our users have posted a total of 1958 messages in 527 subjects
Poll

Apa pendapat anda tentang kewujudan forum Sains Sukan Malaysia ini?

78% 78% [ 60 ]
8% 8% [ 6 ]
12% 12% [ 9 ]
3% 3% [ 2 ]

Total Votes : 77


soalan latih tubi konon

View previous topic View next topic Go down

soalan latih tubi konon

Post by shahrul on Fri 07 Aug 2009, 10:16 pm

1. Halim
mengalami kecederaan/kejang hamstrings
(hamstring pull) semasa berlari dalam acara 100 meter kejohanan olahraga
terbuka Malaysia 2006. Jelaskan maksud
kejang hamstrings, penyebab kepada kecederaan ini dan seterusnya huraikan
langkah-langkah pemulihan yang perlu dilakukan oleh Halim sehingga beliau dapat
kembali aktif dan beraksi dalam acara
tersebut.






2.
(a) Berikan
definisi pengsan ( 1 markah )






Pengsan merupakan kehilangan daya kesedaran yang disebabkan
oleh penyusutan sementara pengaliran darah ke otak.






(b)
Berikan dua sebab yang boleh
menyebabkan seseorang itu pengsan ?






i.
Kekurangan oksigen/ darah yang dihantar ke otak


ii.
Disebabkan oleh cuaca yang sangat panas


iii.
Disebabkan terlalu stres


iv.
Renjatan


v.
Suhu badan yang tidak normal





(c)
Nyatakan
2 langkah yang akan anda ambil untuk memulihkan



mangsa yang pitam.





i. Baringkan mangsa, angkat dan
ampukan kakinya tinggi daripada paras jantung



ii. Pastikan mangsa mendapat
bekalan udara bersih yang banyak seperti longgarkan pakaian bahagian pinggang dan leher






3. Jadual 1 menunjukkan latihan Jeda Jarak
Dekat






HARI

PRESKRIPSI
LATIHAN


Isnin

4 X 80m
X 2 set


Rabu

6 X 80m
X 3 set


Jumaat

8 X 80m
X 4 set



Jadual
1



(a)
Jelaskan
empat kesan ke atas atlet yang menjalani latihan tersebut dari segi prinsip
lebihan bebanan.



(b)
Cadangkan
satu kaedah latihan lain yang mengaplikasikan prinsip lebihan bebanan bagi
meningkatkan prestasi atlet.



4. (a) Huraikan bateri ujian antropometrik untuk
mengenalpasti bakat sukan.



(b) Terangkan
kepentingan ujian mengenalpasti bakat sukan dalam konteks
pembangunan
ahli sukan negara.






5.
Seorang
jurulatih mempunyai tugas dan peranan yang tertentu dalam pembangunan sukan
negara. Salah satu peranannya ialah
sebagai pendidik.






(a) Terangkan tiga peranan jurulatih
sebagai seorang pendidik.



i .................................................................................................................


ii
...............................................................................................................



iii ...............................................................................................................





(b) Bezakan peranan jurulatih sebagai
seorang pendidik dan pengajar.



..................................................................................................................


..................................................................................................................


..................................................................................................................











6. (a) huraikan
dua teknik latihan dalam biomekanik berdasarkan:



i. Pendekatan klasik


ii. Pendekatan
kontemporari



(b) Jelaskan maksud prinsip mekanik di bawah beserta dengan satu
contoh sukan tertentu.



(i) Jasad semakin stabil, pusat graviti semakin rendah


(ii)
Jisim
yang tinggi menjadikan jasad lebih stabil






7. Nyatakan definis :


(a) kinesiologi
dan lakuan motor






8. (a) Apakah 3 tahap Teori pembelajaran fitts dan Posner.


(b) Huraikan
salah satu tahap









JAWAPAN





SOALAN 1





i.
Kejang hamstrings
berlaku kerana lebihan regangan dan bukannya lebihan kontraksi dan
merupakan kecederaan yang paling mengecewakan pelari pecut.


ii.
Keadaan
ini disebabkan oleh :


a.
kurang
fleksibiliti bahagian hamstrings


b.
ketidakseimbangan
kadar kekuatan dan kuasa di antara otot-otot hamstrings dan kuadriseps


c.
Ketidaksamaan
kekuatan di antara otot-otot hamstrings kiri dan kanan


d.
Gaya
larian yang tidak baik


iii.
Langkah-langkah
rehabilitasi adalah seperti berikut ;


a.
rawatan
segera selepas kejadian – cyrotherapy
(kompresi menggunakan ais). Kaki perlu berada dalam keadaan regang untuk
elakkan kehilangan fleksibiliti


b.
Jika berlaku spasma hamstrings, semburkan
bahagian tersebut dengan Fluori-Methane dan gunakan kaedah TENS.


c.
Jika
perlu dan lazimnya perlu, ambil ubat anti-inflamatori atau cegah radang seperti
volteran


d.
Jika
Halim tidak dapat berjalan, gunakan bantuan crutches (tongkat)


e.
Selepas
beberapa hari dan sekiranya pendarahan dalaman berhenti, rawatan cyrotherapy
masih boleh diteruskan disertai dengan kontrasi isometrik, TENS, ultrasound,
urutan lembut dan lakuan regangan hamsrings secara terkawal


f.
Bila
kesakitan reda dan hilang semasa pergerakan dan senaman ringan, Halim perlu
meneruskan rehabilitasi menggunakan peralatan isokinetik (isokinetic weight machine).
Bina semula kekuatan bagi kedua-dua otot hamstrings dan kuadriseps. Penekanan
kepada regangan perlu diberikan sebaik sahaja kekuatan, kuasa dan fleksibiliti
otot-otot ini sudah memadai


g.
Mulakan
berjoging setelah kekuatan, kuasa dan fleksibiliti asas dicapai. Larian belakang adalah digalakkan sebelum
larian ke hadapan. .


h.
Regangan
hamstrings perlu dilakukan secara progresif
dan kaedah regangan terbaik yang disyorkan ialah ’hurdle stretch’ samada sambil duduk atau berdiri


i.
Berenang
dan berbasikal secara aerobik adalah digalakkan dan setiap latihan yang dipilih
mestilah tidak menyakitkan


j.
Elakkan
Striding dan pecutan sehingga ujian menunjukkan kecederaan tersebut pulih
sepenuhnya dan kekuatan, kuasa serta fleksibiliti otot-otot bahagian paha
keseluruhannya dicapai pada tahap maksimum























SOALAN 3





(a) Kesan
latihan ke atas atlet



- jelaskan prinsip
lebihan bebanan secara ringkas



- peningkatan
prestasi – secara progresif



- mengurangkan
risiko kecederaan – rendah kepada tinggi



- meningkatkan
daya tahan otot



- masa pemulihan
dapat dicepatkan



- adaptasi
fisiologi – keadaan kekurangan oksigen






(b) Kaedah
latihan litar



- Objektif
latihan : meningkatkan kekuatan eksplosif otot



- Bilangan
set : 3 set



- Bilangan
stesen : 8 stesen



- Masa kerja di
stesen :
30 saat



- Jarak antara
stesen : 5 meter



- Rehat antara
stesen : 60 saat



- Rehat antara
set : 3 minit



Aktiviti-aktiviti


-
Burpee


-
Bangkit tubi


-
Lompat lutut ke dada


-
Russian leap


-
Mendayung


-
Alternate split jump


-
Leding belakang


(Mana-mana aktiviti yang sesuai)


Mana-mana kaedah latihan lain yang sesuai





SOALAN 4





(a) Ujian mengenalpasti bakat (ujian
antropometrik)


-
tinggi
berdiri


-
tinggi
duduk


-
panjang
depa


-
berat


-
duduk
dan jangkau


(b) Kepentingan ujian mengenalpasti bakat


-
dapat
mengenalpasti bakat atlet bagi sukan tertentu secara sistematik


-
pengkhususan
jenis sukan dan latihan dapat dikenalpasti lebih awal untuk diberikan latihan
yang khusus.


-
Mengelakkan
pembaziran – hanya melatih atlet yang berpotensi untuk maju


-
Merancangkan
program jangka panjang


























SOALAN 5





(a) Peranan jurulatih sebagai pendidik


-
mengajar


-
mendisiplinkan
atlet


-
memberi
ilmu pengetahuan


-
menerapkan
nilai-nilai murni


-
membuat
kajian tentang kaedah-kaedah latihan





(b) Perbezaan antara pendidik dan pengajar


Pendidik


-
mengajar
tanpa had masa


-
tiada
kurikulum khusus/khas


-
tidak
mementingkan imbuhan


-
mementingkan
nilai-nilai murni


Pengajar


-
mengajar
mengikut masa tententu/jadual khusus


-
mempunyai
kurikulum tertentu dan mesti diikuti


-
mendapat
imbuhan yang setimpal dengan tenaga


-
tidak
berapa mementingkan aspek pembangunan insan





SOALAN 6





(a) KAEDAH LATIHAN TRADISIONAL


- Latihan yang dilakukan tanpa mengetahui teknik yang berkesan.


- Kaedah yang digunakan adalah cuba jaya iaitu sesuatu lakuan
dilaksanakan



sehingga berjaya atau menepati sesuatu
sasaran.






KAEDAH LATIHAN KONTEMPORARI


- Kaedah ini lebih efisyen kerana
lakuan yang dilakukan berdasarkan teknik yang



berkesan untuk menjimatkan masa
& disamping meningkatkan prestasi.



- Prinsip biomekanik dititik
beratkan ke atas lakuan yang dilakukan seperti unsur-



unsur daya & sudut disamping
penggunaan peralatan yang canggih.






(b) (i) Merendahkan badan akan
meningkatkan kestabilan posisi. Contoh, atlet gimnastik artistic yang hilang
keseimbangan semasa mendarat perlu membengkokkan lututnya supaya dapat mencapai
semula kestabilan posisi.



(ii) Bertubuh besar akan menjadikan jasad lebih stabil bagi mengekalkan


stabiliti. Contoh, sukan ragbi memerlukan
pemain di posisi ‘forward’



yang berbadan besar kerana kestabilan
tinggi daripada jisim tubuh



mereka memberi kelebihan ketika melakukan skrum.























SOALAN 7





Kinesiologi :


Kreighbaum dan
Barthel [ 1981 ] mendefinisikan kajian yang berkaitan dengan pergerakan manusia.



l berkaitan dengan asas-asas pergerakan manusia secara anatomi dan mekanikal
dalam sukan



l
kinesiologi sebagai kajian
pergerakan manusia dan berbagai-bagai perspektif seperti psikologi, falsafah,
sosiologi dan fisiologi.



Lakuan motor :


Kajian
bidang sains tentang pergerakan serta mekanisme peningkatan fungsi
sistem-sistem menerusi proses persediaan fizikal.

shahrul
Ahli Baru
Ahli Baru

Male
Number of posts : 5
Age : 41
Location : sandakan,sabah
Registration date : 2009-04-06

Back to top Go down

Re: soalan latih tubi konon

Post by saidolm on Wed 02 Sep 2009, 1:12 pm

1. Halim
mengalami kecederaan/kejang hamstrings
(hamstring pull) semasa berlari dalam acara 100 meter kejohanan olahraga
terbuka Malaysia 2006. Jelaskan maksud
kejang hamstrings, penyebab kepada kecederaan ini dan seterusnya huraikan
langkah-langkah pemulihan yang perlu dilakukan oleh Halim sehingga beliau dapat
kembali aktif dan beraksi dalam acara
tersebut.

Cuba jawab soalan ni pula.

_________________
A banana a day makes the doctor go away!

Problems browsing this forum? Well, read this:
http://sainssukan.forumotion.com/faq.htm

saidolm
Sains Sukan Administrator
Sains Sukan Administrator

Male
Number of posts : 483
Location : Pusat PraUniversiti SMK Putatan Sabah
Registration date : 2008-01-14

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum