SAINS SUKAN
Selamat datang ke forum Sains Sukan Malaysia. Semoga anda semua sihat selalu. Anda digalakkan mendaftar sebagai ahli untuk menyertai perbincangan dalam laman web ini. Sebarang kesulitan semasa menggunakan laman web ini bolehlah anda kemukakan kepada Admin laman web ini. Terima kasih. Admin
KANDUNGAN FORUM SAINS SUKAN MALAYSIA
KAUNTER FORUM SAINS SUKAN MALAYSIA
PENGETAHUAN SAINS SUKAN SPM
SAINS SUKAN STPM
SAINS SUKAN IPT
INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY
DIGITAL PHOTOGRAPHY
TOPIK UMUM
Latest topics
» REKA BENTUK KAJIAN
by saidolm Sun 09 Oct 2016, 6:42 am

» Panduan Kertas Cadangan
by saidolm Sun 13 Mar 2016, 8:44 am

» Mengapa anda minat menjadi ahli Forum Sains Sukan Malaysia?
by saidolm Sun 19 Apr 2015, 7:54 am

» Salam Perkenalan Buat Semua
by saidolm Mon 14 Apr 2014, 1:54 pm

» Unit Berstruktur
by saidolm Wed 12 Mar 2014, 12:02 pm

» Daya Tahan Kardiovaskular
by saidolm Thu 09 Jan 2014, 9:43 am

» Konsep Kecergasan
by saidolm Wed 08 Jan 2014, 11:35 am

» Watul the Fighter
by watul Wed 02 Oct 2013, 6:37 pm

» pemakanan sukan
by watul Wed 02 Oct 2013, 6:22 pm

» Penokok Diet
by saidolm Tue 24 Sep 2013, 9:37 pm

» Assalamualaikum
by alips90 Fri 10 May 2013, 11:15 pm

» Piramid Aktiviti Fizikal
by Lecktra_Rallesty Mon 11 Mar 2013, 2:14 am

» kriteria penamaan otot
by rizaldo Thu 22 Nov 2012, 6:42 am

» Salam semua
by Guan Wed 19 Sep 2012, 4:19 pm

» sawadikap
by shuhaila82 Sat 30 Jun 2012, 2:33 pm

» Hantu Ambulance
by saidolm Fri 01 Jun 2012, 8:27 am

» Favorite Singer
by saidolm Fri 01 Jun 2012, 8:25 am

» SALAM SEMUA
by jolenechan46 Sun 18 Mar 2012, 1:54 pm

» salam semua
by epolbutton Mon 05 Mar 2012, 7:50 pm

» Salam semua.. anak cucu tumpang lalu...
by saidolm Mon 13 Feb 2012, 1:37 pm

Log in

I forgot my password

Statistics
We have 6141 registered users
The newest registered user is faiz rashid

Our users have posted a total of 1958 messages in 527 subjects
Poll

Apa pendapat anda tentang kewujudan forum Sains Sukan Malaysia ini?

78% 78% [ 60 ]
8% 8% [ 6 ]
12% 12% [ 9 ]
3% 3% [ 2 ]

Total Votes : 77


Anatomi dan fisiologi

View previous topic View next topic Go down

Anatomi dan fisiologi

Post by Oby Manis on Tue 31 Aug 2010, 8:48 am

Anatomi dan Fisiologi dalam Pendidikan Jasmani
Anatomi dan fisiologi bermaksud struktur serta kedudukan sesuatu organ berkaitan dengan badan manusia serta fungsinya dalam aktiviti dalam kehidupan manusia. Anatomi dan juga fisiologi memainkan peranan yang penting sebagai pengetahuan asas bagi pakar-pakar dalam bidang perubatan seperti doktor perubatan dan juga pakar bioperubatan.
Anatomi
Anatomi boleh dikatakan sebagai satu kajian tentang struktur sesuatu badan manusia dan perkaitan antara struktur itu satu dengan yang lain. Perkataan anatomi berasal dari perkataan Yunani ‘ana’ yang bermaksud asingkan manakala ‘tome’ yang membawa maksud memotong. Anatomi badan manusia tergolong dalam kumpulan-kumpulan berikut:
• Sel dan histologi,
• Sistem pernafasan,
• Sistem kardiovaskular,
• Sistem pencernaan,
• Sistem lokomotif,
• Sistem saraf.
Badan manusia terdiri daripada struktur asas tubuh iaitu yang terdiri daripada Sistem Rangka dan juga Sistem Otot. Sistem Rangka merupakan gabungan daripada tulang-tulang yang terdapat dalam badan. Sebanyak 206 tulang yang ada dalam sistem rangka. Sokongan adalah satu fungsi dalam tubuh badan manusia. Tulang-tulang yang ada dalam badan akan menjadi penyokong untuk bergerak, berlari, berjalan, melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dan sebagainya. Selain itu juga sistem rangka juga memainkan peranan yang penting sebagai pelindung. Kita boleh katakana sisitem rangka sebagai pelindung kerana tulang-tulang ini akan melindungi organ dalamaan badan daripada tercedera. Sebagai contoh seorang pemain bola tidak akan mengalami kecederaan organ dalaman yang teruk apabila terkena tendangan yang kuat kerana sistem rangka ini memberi perlindungan kepada organ dalaman badan. Pergerakan juga merupakan fungsi sistem rangka. Tulang-tulang dalam badan akan membantu pergerakan badan kita. Jika badan kita tidak mempunyai tulang, ini akan menyebabkan badan kita akan menjadi satu jasad yang tidak akan dapat bergerak. Penghasilan darah merah berlaku didalam tulang manusia. Selain daripada memberi perlindungan, sokongan bahkan membantu dalam pergerakan sistem rangka juga penting sebagai satu tempat penghasilan darah merah dalam sum-sum tulang. Oleh yang demikian badan memerlukan tulang bukan sebagai penyokong dan sebagainya tetapi juga sebagai tempat penghasilan sel darah merah.

Jenis-jenis tulang yang terdapat pada badan manusia

Tulang dalam badan manusia boleh dikelaskan dalam empat kumpulan iaitu tulang panjang, tulang pendek, tulang pipih dan juga tulang yang tidak sama bentuk.

Sistem otot juga memainkan peranan yang sangat penting dalam badan manusia. Tiga jenis otot utama yang ada dalam badan manusia ialah otot rangka yang terdiri daripada delton, bisep, trisep dan sebagainya. Otot yang terpenting dan hanya terdapat pada jantung manusia ialah otot kardiak. Selain itu, otot licin adalah satu jenis otot yang paling penting dalam badan manusia. Otot ini lebih kepada otot dalaman seperti otot hati, usus dan sebagainya. Sistem hati memainkan peranan yang sangat penting dalam tubuh badan manusia. Otot-otot ini digunakan untuk menghasilkan pergerakan. Selain itu juga otot –otot ini dapat mengekalkan postur badan manusia daripada berubah bentuk. Otot badan juga sangat penting untuik penghasilan haba dalam badan disamping menstabilkan sendi-sendi.

Oby Manis
Ahli Baru
Ahli Baru

Male
Number of posts : 2
Age : 25
Registration date : 2010-08-31

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum